Apple Cider Vinegar Surya Malaysia Terbaik
Assalamualaikum ♥
Sedar tak sedar kita dah nak di penghujung ramadhan. Sayu jew rasa nak tinggalkan bulan yang mulia ini. Mesti ramai sekarang tengah buat persiapan raya kan?
Phyzha nak share something yang best dekat korang semua. Pernah dengar Apple Cider Vinegar (ACV) atau dalam bahasa melayu iaitu cuka epal. Phyzha tahu cuka epal nie sebab ayah pernah minum dulu. Tapi dulu susah sangat nak cari kandungan yang tidak memabukkan dan halal. Kalau jumpa pun sebotol harga beratus - ratus pada zaman dulu. Patut lah masa tue harga mahal sebab ianya memang banyak sangat khasiat di dalam Apple Cider Vinegar. Bukan sahaja dari segi kesihatan malah kecantikan juga taw.
Sebelum ramadhan adalah search Apple Cider Vinegar (ACV) untuk masakan. Sebab ada sesetengah masakan, phyzha guna Apple Cider Vinegar (ACV). Search punya search tengok Chef Wan pun guna Apple Cider Vinegar juga untuk masakan sebagai pengganti asam jawa. Terus berdesup cari Apple Cider Vinegar (ACV) dari Surya Malaysia. Hihi
Hari pertama di bulan Ramadhan dapat Apple Cider Vinegar (ACV) dari Surya Malaysia terus guna untuk masakan. Ternyata ianya sungguh lazat dan suami pun puji masakan sedap luar biasa. Padahal isteri letak cuka epal dari Surya Malaysia tue jew. Bak kata Chef Wan, Cuka Epal dari Surya Malaysia sedap digunakan dalam masakan.
Nie daging masak kari untuk inti Roti John. |
Bukan dalam masakan jew phyzha cuba, minum cuka epal pun dah. MashaAllah sedap sungguh rasanya. Tak seperti apa yang ada dalam fikiran. Rasanya macam air F&N Zappel tue. Sangat melegakan perut ketika berbuka puasa. Since raya lagi beberapa hari nie, boleh lah hidangkan pada tetamu yang datang ke rumah sebab ianya mudah, sedap & berkhasiat. 😊
Meh phyzha kongsikan kelebihannya.
Kelebihan Apple Cider Vinegar (ACV)
1. Membantu membuang toksin dari badan
➤ Apple Cider Vinegar (ACV) dapat membantu proses pengkumuhan toksin daripada badan kerana ia dapat melancarkan fungsi hati untuk mendetoksifikasi toksin. Selain itu, asid asetik yang terkandung di dalam ACV nie boleh bergabung dengan toksin yang berkumpul di dalam darah untuk menyahtoksinkannya.
2. Membantu melancarkan penghadaman
➤ Asid asetik yang terkandung di dalam Apple Cider Vinegar (ACV) dapat bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh kuman yang berbahaya. Selain itu, kandungan pektin yang tinggi di dalam ACV boleh merawat sakit perut yang disebabkan oleh kekejangan sistem penghadaman.
3. Membantu menurunkan paras kolesterol
➤ Apple Cider Vinegar (ACV) dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol jahat (LDL-kolesterol) dan lemak (trigliserida) di dalam badan kerana ia boleh meningkatkan rembesan hempedu dan metabolisme lemak di dalam hati.
4. Membantu menurunkan berat badan
➤ Asid asetik yang terdapat di dalam Apple Cider Vinegar (ACV) boleh membuatkan kita mudah kenyang walaupun makan hanya sedikit. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pengumpulan lemak di dalam badan.
5. Membantu mencegah mulut berbau
➤ Asid asetik dapat bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria - bakteria yang menyebabkan halithosis atau mulut berbau. Caranya mudah sungguh. Hanya mengkumuh larutan ACV yang telah dicampurkan dengan air kosong dalam nisbah 1:2.
6. Membantu untuk mencegah wajah berjerawat
➤ Selain untuk makan, Apple Cider Vinegar (ACV) turut membantu mencegah wajah yang mempunyai jerawat. Mengandungi asid asetik dapat bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria dan menyeimbangkan pH muka bagi mencegah muka berminyak. Caranya sungguh mudah. Tuang sedikit ACV dan campur dengan air bersih / air mineral dengan nisbah 1:2 then ambil kapas dap dap seluruh muka.
Banyakkan khasiat Apple Cider Vinegar nie. Phyzha pun teruja bila tahu khasiatnya.
Meh phyzha perkenalkan Apple Cider Vinegar (ACV) dengan madu asli dari Surya Malaysia.
Apple Cider Vinegar with Natural honey dari Surya Malaysia diperbuat daripada buah epal segar, cuka serta madu asli. Kesemua bahan tersebut mengandungi nutrisi yang penting untuk keperluan manusia. Jenama Surya, yang menghasilkan cuka epalnya sendiri memasarkan produk ini dengan tujuan menyediakan produk yang sihat, selamat, murah lagi berkesan untuk semua lapisan generasi rakyat Malaysia.
Yang buat phyzha tertarik lagi dengan Apple Cider Vinegar (ACV) nie adalah :
🔼 Produk Tempatan.
🔼 Halal.
🔼 Tiada bahan pengawet & perasa tiruan.
🔼 Tiada gula tambahan sebab 100% guna madu asli.
🔼 Rasa yang lazat.
🔼 Kaya dengan nutrisi.
Harga Apple Cider Vinegar (ACV) dari Surya Malaysia sangat berpatutan sesuai dengan rasa & kualiti. Bagi yang dah terpikat dengan cuka epal nie haaaaa, boleh lah klik link yang tertera untuk membeli atau terus ke Watsons yea.
🔼 Rasa yang lazat.
🔼 Kaya dengan nutrisi.
Harga Apple Cider Vinegar (ACV) dari Surya Malaysia sangat berpatutan sesuai dengan rasa & kualiti. Bagi yang dah terpikat dengan cuka epal nie haaaaa, boleh lah klik link yang tertera untuk membeli atau terus ke Watsons yea.
FACEBOOK
INSTAGRAM
LAZADA
SHOPEE
Selamat mencuba semua.
#rasasayangsemanismadu
0 comments:
Post a Comment